ISBN: 9789674606336
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Umum mengetahui karya-karya agung Indonesia kebanyakannya bersifat klasik dengan nada yang sarat oleh unsur nasionalisme dan keberanian serta agama dan kecintaan yang seakan-akan sebati dalam rencah budaya masyarakatnya. Maka, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mendalami karya-karya agung Indonesia mudah sahaja terdorong untuk mengikut rentak dan budaya kepuisian yang ditinggalkan oleh Hamzah Fansuri, Chairil Anwar, Sapardi Djoko Damono dan sebagainya.
Naskhah karya Mahroso Doloh ini merupakan apresiasi penulis kelahiran Patani ini terhadap tokoh-tokoh tersebut di samping mengangkat tema agama dan kecintaan sebagai suatu keperluan dalam kehidupan dengan berpaksikan keimanan dan ketauhidan.
Puisi-puisi yang terkandung dalam naskhah ini - yang diungkapkan secara sederhana -pastinya dapat menyuntik katarsis diri dan menyedarkan khalayak pembaca tentang asal-muasal cinta yang akhirnya berpulang kepada cinta Yang Maha Khalik.