ISBN: 9789674601430
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Puisi Remaja
Kesungguhan, ketekunan, dan kecermatan dalam memilih dan mengumpulkan puisi-puisi untuk dimuatkan dalam naskhah Kumpulan Puisi Remaja: Pada Pagi Seindah Ini menjadi keutamaan penulis, Ehsan Jamily. Penampilan puisi-puisi yang segar terpilih dan belum pernah diterbitkan ini sangat sesuai dijadikan bahan tatapan para remaja kerana bait-bait puisinya menggunakan laras bahasa langsung yang puitis agar mudah menyemaikan nasihat, wejangan, amaran, dan peringatan yang mengesankan. Naskhah ini juga mampu mengintelekkan golongan remaja dan membentuk perisai minda agar mereka sentiasa bersiap siaga dalam menyusuri alam dewasa.
Andainya kau ingin menjadi
jadilah sepohon kayu jati
biar pucuk melangit tinggi
akar tetap bertunjang ke bumi.
“Andainya Kau Ingin Menjadi (II)”