Buku

Otot: Kecederaan, Penyakit Dan Kesihatan

Penulis: Carol Ballard

ISBN: 9789674600761

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Selidiki keajaiban tubuh manusia. Setiap judul memberikan fokus yang mendalam terhadap bahagian tubuh atau sistem yang penting, cara berfungsi, dan punca mengapa bahagian atau sistem tubuh kadangkala tidak berfungsi dengan baik. Siri ini juga menekankan kepentingan senaman dan gaya hidup sihat untuk memastikan tubuh kita berfungsi dengan baik.

Otot meneroka struktur otot, cara otot bekerja, dan cara otot membantu tubuh kita berfungsi. Buku ini menerangkan penyakit dan kecederaan yang dapat menjejaskan
otot kita, daripada kekejangan hingga kelumpuhan, dan memberikan panduan supaya kita boleh mengekalkan kesihatan otot kita.

Setiap judul dalam siri ini mengandungi:
> panel maklumat yang memfokuskan bidang kajian, isu kesihatan, dan teknologi serta rawatan terkini
> jadual yang meringkaskan maklumat tentang penyakit atau kecederaan, dan cara mencegah atau merawatnya.