Bilamana tanah rayau dikacau orang luar secara wewenang, tanah wakah dihina. Long mengerti amanat Kemoj ayahnya. Seman membuak-buak dendamnya, menuntuk hak. Batin Dulah tahu akan permainan licik Dato’ Ah Kow. Ini bukan zaman bertempur dengan Ceklalek. Ini zaman kerakusan si manusia berkuasa meragut tanah warisan, menodai Kampung Ulu Sungai Kepayang. Mereka bersatu atas semangat Orang Semai, biarpun ada Sani yang bermuka-muka. Mereka orang kecil yang terpinggir. Mereka kesateria, wira yang memperjuangkan apa-apa yang dipercayai mereka. Biar darah menitis, namun menyerah pantang sekali. Bagi mereka, mati berjuang lebih mulia daripada mati berpeluk tubuh!