Buku

Nurani Tanah Melayu

Penulis: Henri Fauconnier
Penterjemah: Muhammad Haji Salleh

ISBN: 9789670892160

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Nurani Tanah Melayu menceritakan kehidupan dua orang pengurus estet, Lascale dan Rolain, di Kuala Sampah, di negeri Sanggor. Di sana, mereka belajar memahami dan menyesuaikan diri dengan pekerja Tamil, Cina dan penduduk Melayu. Dalam proses memahami ini, mereka menyelami ritual, adat dan budaya setiap kaum ini. Akan tetapi, orang yang menjalinkan cerita ini ialah seorang pembantu Melayu, Smail, bersama-sama adiknya Ngah, yang memperkenalkan sudut pandang dunia, kepercayaan, istiadat serta gaya berhibur dan bercinta cara Melayu. Jarang terdapat usaha yang agak penuh begini untuk memahami budaya dan manusia yang sangat berlainan budaya daripada budaya penulisnya. Hasilnya bermutu tinggi, canggih dan berani. Karya ini memenangi Prix Goncourt, sebuah anugerah sastera Perancis tersohor 1931.

Bagi orang Malaysia, ada beberapa perkara yang dapat dipelajari daripada pengarang bijaksana ini; antaranya ialah falsafah tradisional dan pandangan hidup orang Melayu. Penilaian Fauconnier terhadap pantun pula cukup tajam serta benar, dan dapat kita hayati hingga hari ini. Beliau meneroka semua ini “untuk mendapatkan wawasan ke dalam nurani Malaya”.

Novel ini telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa, tetapi belum diusahakan ke dalam bahasa Melayu, yang menjadi bahasa penduduk Tanah Melayu ini. Namun, syukurlah Muhammad Haji Salleh, seorang penterjemah yang berpengalaman, akhirnya berjaya membawa kebijaksanaan dan kehalusan bahasa asalnya ke dalam bahasa Melayu yang sama halus dan canggih.