Buku

Nur’Ain: Isteri Buruh Paksa

Penulis: ‘Adly Azamin

ISBN: 9789670798202

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kisah seputar zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu yang pasti membekas di jiwa mereka; mereka yang derita, mereka yang tabah, mereka yang berani - sebagai pengajaran kepada generasi kini. Alkisah di sebuah perkampungan Melayu di pinggir Hutan Melintang - Kampung Tanjung Bayan..

“Cepat Nur, selamatkan diri! Jepun dah masuk kampung. Aku sendiri nampak,” Marsom memberitahu bersungguh-sungguh.

“Kita ke baruh. Bersembunyi di paya hutan pokok piai. Selamat di sama. Ikut kami,” arah Uda Beno pula.

Nur’ain tidak menjawab. Dia hanya memberi isyarat tangan untuk mereka pergi dahulu. Melihatkan gelagat Nur’ain itu, Marsom bertambah cemas. Uda Beno menggelengkan kepala. Mata Uda merah terbelalak.

“Jepun tu ganas. Kejam! Orang perempuan tak selamat di sini. Ikut kami..kita bersembunyi dalam hutan piai di tepi sungai.”

Siapakah Nur’ain? Mengapakah Nur’ain begitu berani dan cekal menghadapi ancaman tentera Jepun? Telusurilah buku ini agar dapat merasai dan memahami kerinduan, kegersangan serta dendam kesumat seorang isteri buruh paksa sehingga sanggup mendepani kekejaman tentera Jepun dengan hanya sebilah kerambit kecil di sanggulnya.