ISBN: 9789830689036
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 130.00 / 135.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Malaysiana
Buku ini adalah himpunan pelbagai esei serta catatan hasil renungan dan penelitian penulis yang meluahkan penghargaan mereka dengan meraikan seni sebagai bahasa atau medium terjemahan interaksi komunikasi antara manusia. Buku ini disusun oleh Raja Ahmad Aminullah yang merupakan pengarah RA Fine Arts merangkap penyair, penulis dan aktivis kebudayaan. Ia merangkumi 14 esei nukilan beliau sendiri dan yang lainnya adalah sumbangan Sejarawan Seni Malaysia Profesor Zakaria Ali dan penulis muda, Fazli Ibrahim. Buku ini merupakan buku terbitan usaha sama antara Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan RA Fine Arts.