ISBN: 9789674305796
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Nenek mengangkat tema politik yang bersimpang-siur dengan isu moral dan budaya. Ia mengisahkan seorang nenek bernama Mak Som yang berusaha mempertahankan tanah bendangnya daripada menjadi mangsa pembangunan. Dia menolak rancangan pembangunan yang dianggap merugikan penduduk kampung. Nenek menjadi menarik apabila Mak Som sebenarnya terpaksa “bermusuhan” dengan anaknya sendiri yang mengejar pangkat dan kemewahan dunia dan sanggup mengorbankan tanah serta masa hadapan orang-orang di sekelilingnya.