ISBN: 9789674606671
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Perjalanan watak tanpa nama, “aku” memasuki sebuah dunia absurd. “Aku” gagal memahami banyak perkara dalam hidupnya termasuklah mengapa dia mengahwini isterinya, Ariska, seorang perempuan yang tidak suka dikongkong dan antipatriarki. Mereka sama-sama tidak mengerti mengapa mereka harus hidup bersama sedangkan mereka saling tidak memerlukan antara satu sama lain. Walaupun penulisan “aku” sering ditolak, itu tidak pernah sesekali melunturkan semangat “aku” untuk terus mencapai cita-citanya menjadi seorang penulis. “Aku” berpendapat, kebanyakan penerbit yang menolak karyanya sebenarnya tidak memahami apa yang ingin disampaikannya termasuklah orang-orang di sekelilingnya. Sikap narsisnya itu adakala memakan diri. Kehidupan “aku” mula berubah sejak dia bertemu dengan Abraham dan Kasman. Kejadian pembunuhan di rumah pelacuran oleh Abraham lebih memberikan tanda tanya kepada “aku” mengapa Abraham sanggup melakukan perkara terkutuk itu. Apakah yang bakal terjadi kepada masa depan “aku” selepas menyaksikan kejadian pembunuhan itu? Siapakah Abraham dan Kasman sebenarnya? Bagaimanakah pengakhiran hubungan “aku” dan Ariska?