Ketika seluruh penghuni dan pemastautin sebuah negeri yang baru 47 tahun bebas daripada cengkaman penjajah sedang nyenyak tidur, sekumpulan makhluk dari dunia lain masih bersengkang mata. Mereka masih memikir, membincang dan merumus cara-cara untuk melaksanakan satu agenda besar. Musyawarah yang sangat penting dan amat jarang diadakan itu telah berlanjutan lebih 24 jam, namun kata putus masih belum lagi dicapai.