Buku

Monolog 5 Negara

Penulis: Khalid Salleh

ISBN: 9789674600167

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Drama Pentas

Beli Dalam Talian:

Lazada

Antologi Skrip Drama Pentas: Monolog 5 Negara menampilkan skrip drama pentas lima pengiat seni Khalid Salleh (Malaysia), Ramli Prapanca (Indonesia), Zefri Ariff (Brunei), Noor Hasnah Adam (Singapura), dan Patr Weera (Thailand). Pementasan yang menemukan penggiat drama pentas dalam acara yang bertaraf ASEAN ini diharapkan akan dapat menyemarak perkembangan teater ASEAN dan membentuk satu kerjasama untuk memajukan teater ASEAN yang selama ini berkembang seperti dalam kepompongnya sendiri.

Khalid Salleh, tokoh teater, filem dan sastera dari Malaysia menampilkan monolog “Pretttt….” yang mengangkat nilai kebenaran dan kebohongan yang sangat akrab dengan kehidupan manusia.

Asia Ramli Prapanca tokoh teater dari tanah Bugis-Makassar memperihalkan tentang sarung, busana mewakili budaya masyarakat Bugis dalam monolog “Kedatangan dalam Bungkusan”. Sarung memperlihatkan konsep ruang dan tubuh dalam dua lubang, vertikal mahupun horizontal.

Zefri Ariff dari Brunei Darussalam pula mengemukakan skrip “Sehelai Kain” yang mengangkat kisah pendobi yang menemui sehelai baju yang ada kesan darah, dan dari situ muncul pelbagai watak ilusi yang berdialog menata kisah masa lalu dan masa kini.

Manakala Noor Hasnah Adam dari Singapura menampilkan monolog “Ala … mak nak cakap sikit aje…,” yang meluahkan perihal masyarakat Melayu dalam kehidupan marginal mereka di Singapura.

Patr Weera seorang penggiat muda dari Thai menampilkan monolog “Sewaktu Menunggu Bas dalam Masa Empat Ratus Sekian Tahun Berikutnya” yang mempertanyakan hidup seolah-olah penantian yang tidak berkesudahan untuk bergerak ke suatu tempat lain yang tidak diketahui.