ISBN: 9789674300401
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Biografi/Memoir
Dan sekiranya engkau berkawan dengan seorang bodoh yang tidak menurutkan hawa nafsunya, lebih baik daripada berkawan dengan seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya, maka ilmu apakah yang dapat digelarkan bagi seorang alim yang selalu menurutkan hawa nafsunya itu sebaliknya kebodohan apakah yang dapat disebutkan bagi seseorang yang sudah dapat mengekang hawa nafsunya. Bagaimana akan dinamakan bodoh, seorang yang telah dapat menahan dan mengekang hawa nafsunya sehingga membuktikan bahawa semua amal perbuatannya semata-mata untuk keredhaan Allah, dan bersih daripada dorongan hawa nafsu. Sebaliknya apakah erti suatu ilmu yang tidak dapat menahan atau memimpin hawa nafsu dari sifat kebinatangan dan kejahatannya.
- Kitab Hikam, Syeikh Ibnu Athaillah as-Sakandari