ISBN: 9789674608194
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Biografi/Memoir
Memoir Dari Guli ke Golf: Laluan Berbelok ke Puncak merupakan memoir liku-liku hidup penulis sejak kecil hinggalah bersara. GULI ialah simbol permainan tradisi kanak-kakak desa yang turut menjadi permainan waktu senggang penulis ketika kecilnya, manakala GOLF ialah simbol permainan orang kenamaan yang ketika ini menjadi permainan yang “dinikmati” oleh penulis.
Kedua-dua permainan ini mempunyai nilai sentimental yang tersendiri buat diri penulis lantaran beliau pernah melalui pasang surut dan badai kehidupan terutamanya ketika zaman kanak-kanaknya. Namun demikian, Allah SWT jua yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih; kehidupan yang dahulunya sering dilanda badai, kini diwarnai pelangi.
Penulis menzahirkan pengalaman hidupnya dalam tiga fasa:
Fasa I – Zaman membesar; bergelumang di sawah dan di kebun getah membantu ibu di kampung.
Fasa II – Zaman persekolahan hingga ke menara gading dan seterusnya berkerjaya.
Fasa III – Zaman kehidupan selepas persaraan.
Setiap fasa yang dilalui penulis mungkin pernah dilalui oleh kebanyakan orang, namun pastinya dengan pengalaman yang berbeza. Kelainan itulah yang ingin dikongsikan penulis dengan khalayak sebagai panduan hidup sesama hambanya.