ISBN: 9789670869391
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Matematik
Menikmati makan tengah hari yang menyihatkan dapat membantu kamu kekal bertenaga
dalam menghadapi hari kamu. Adakah kamu menyedari bahawa kemahiran matematik
dapat membantu kamu membuat pilihan makanan tengah hari yang menyihatkan? Bacalah
buku ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan matematik dalam membantu
kamu membuat keputusan yang bijak semasa waktu makan tengah hari.
Siri Matematik Dalam Dunia Sebenar: Kesihatan dan Kesejahteraan ini memperkenalkan kepada pembaca beberapa cara matematik dapat membantu mereka membuat pilihan menyihatkan dalam dunia abad ke-21 yang semakin kompleks ini. Judul dalam siri ini ialah:
Bagi mendapatkan panduan pembacaan kamu, lihat catatan yang akan membantu membina kefahaman dan kemahiran yang kamu perlukan pada abad ke-21:
Kamu perlu mempelajari banyak perkara, tetapi kamu juga perlu mempelajari cara untuk belajar. Catatan ini membantu kamu menggunakan pengetahuan yang ada dengan lebih baik dan lebih kreatif.
Kamu bukan sahaja belajar membaca, bahkan mempelajari matematik, sains dan kajian sosial. Kamu juga perlu belajar tentang dunia pekerjaan dan komuniti kamu. Catatan ini menerangkan hal yang berkaitan dengan perniagaan dan wang. Malah catatan ini memberi kamu panduan tentang cara yang dapat membantu diri kamu, komuniti serta dunia.
Catatan ini menerangkan tentang kemahiran yang boleh kamu gunakan sepanjang hidup. Catatan ini juga memberi panduan tentang cara bekerja dengan orang lain, membuat keputusan dan mencapai matlamat hidup.