Buku

Mandala Sukma

Penulis: Zulfazlan Jumrah

ISBN: 9789674302054

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Mandala Sukma memuatkan 90 buah puisi Zulfazlan Jumrah yang dipecahkan kepada empat fragmen.

Fragmen pertama yang diberi judul Sukma Diri lebih berirama peribadi, bernuansa sunyi juga kontradiksi monolog diri yang nyali. Fragmen kedua dinamai Sukma Taulan yang didedikasikan buat rakan seperjuangan, kenalan jauh yang memikul kesengsaraan dan teman-teman yang sering berkongsi pandangan fikiran.

Fragmen ketiga ditandai dengan nama Sukma Pertiwi dan di sini beliau menukilkan kisah tentang wangsa yang mendayung sungai sejarah yang terkadang terhanyut maruah, terhilir ke muara pengalaman dalam guyur hujan pengorbanan yang mendesah dan tambatan jati diri anak pertiwi di sebidang tanah bertuah.

Fragmen keempat memagut pilu dengan judul Sukma Belasungkawa – dedikasi belasungkawa buat WG Shellabear, Allahyarham SN Keris Mas, SN Usman Awang, SN Arena Wati, SN S. Othman Kelantan, W.S Rendra danTan Sri P. Ramlee.

Mandala Sukma – di sini beliau berkisah tentang dirinya dengan bait jujur berima dan diksi nukilan serba sederhana tetapi mengesankan jiwa.