ISBN: 9789830686080
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Umum
“Selama bertahun-tahun, edisi pertama Makna BAHARU Perubahan Pendidikan menjadi rujukan saya dalam memahami cara mempertingkat pengajaran dan pembelajaran pelajar dalam sistem sekolah yang kompleks. Edisi keempat buku ini meneruskan dan mendalami tradisi dengan memaparkan asas pengetahuan, seperti yang dijelaskan oleh Michael Fullan sebagai ‘lebih mendalam dan boleh dicapai’.”
Dennis Sparks, Pengarah Eksekutif Emeritus, Majlis Pembangunan Pekerja Kebangsaan
“Edisi terbaharu teks yang hebat dan amat berpengaruh ini menggambarkan usaha istimewa Fullan untuk menyebatikan dan memanfaatkan sebaik-baiknya makna kejayaan bagi proses perubahan pendidikan.”
Ken Leithwood, OISE/University of Toronto
“Lahirnya kesedaran yang mendesak pada edisi keempat kerana kejayaan peluasan sistem beelum lagi berlaku di peringkat pelajar dan bilik darjah, walaupun ilmu dalam kaedah melakukannya telah ada. Bagi mereka yang berusaha untuk mencapai kejayaan itu, membaca buku ini adalah suatu kemestian.”
Brian J. Caldwell, Pengarah Urusan, Educational Transformations Pty Ltd
“Dalam edisi keempat ini Fullan terus membuktikan keunggulan dirinya. Walaupun menggunakan struktur yang lebih kurang sama dengan edisi sebelum ini, tiada lagi pengemaskinian formula cuba dan uji. Dengan daya usaha maksimum, Fullan menawarkan kita untuk melihat perubahan pendidikan lengkap sebagaimana edisi pertama, namun dengan pemahaman yang mendalam terhadap pelbagai kerumitan yang tiada tandingan pada ciri wibawa, wawasan serta keghairahan.”
Davis Hopkins, Pengerusi Kepimpinan Antarabangsa, HSBC iNet Institute of Education, University of London
Ketika Michael Fullan menerbitkan edisi pertama tugas penting ini pada 1982, beliau mengubah sepenuhnya teori dan latihan pembaharuan pendidikan. Kini, suku abad kemudian, edisi keempat menjanjikan pengaruh yang sama terhadap pembaharuan radikal abad ke-21. Makna BAHARU Perubahan Pendidikan adalah ringkasan muktamad kepada semua aspek perubahan pendidikan dan pengurusan – sumber berpengaruh bagi setiap yang terlibat dalam pembaharuan sekolah.