ISBN: 9789674304263
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
“Begini, pada hakikat duniawinya memang Islam menakluki Sepanyol, tetapi pada hakikat kerohaniannya, Islam membawa pemikiran yang lebih konsisten dan maju untuk berhadapan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. Islam telah membawa ilmu yang tidak bernilai kepada kami, yang pada waktu itu Eropah tidak boleh berbangga, malah misalnya dengan koleksi buku yang dikatakan, kalaupun ada cuma beberapa ratus jilid sahaja yang tersimpan di perpustakaan gereja-gereja mereka, sedangkan di Andalusia sudah ada banyak perpustakaan dengan koleksi dalam jumlah ratusan ribu jilid….”– José, lelaki Sepanyol berdarah campuran Visigoth dan Arab.
Kumpulan Cerpen Nostalgia Andalusia membawa kepelbagaian tema daripada multiperspektif. Penulis menukilkan pengalaman dan pengetahuannya lewat bahasa yang cukup segar dan olahan naratif yang sangat indah.