Tidak sedikit al-Quran menumpahkan daya dalam pembikinan hasil kerja seni seperti cerpen. Mukjizat wahyu ini terpencar-pencar, menawarkan tamsilan yang selalu mahu dibawa masuk ke dalam watak ciptaan dan juga penerokaan wilayah. Buku ini menyertakan perjalanan rohaniah tokoh-tokohnya dalam sepuluh cerpen. Ia merentasi antaranya hati anak kecil, lelaki bisu, perempuan pikun dan latar pengembaraan hujjaj di Muzdalifah dan Jamrah.
Dalam perjalanan itu juga, cinta dan rindu terhadap Muhammad Abdullah di Raudhah begitu menyala-nyala. Ia sangat mengilhamkan.