ISBN: 9789670869162
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kumpulan cerpen ini menampilkan pelbagai sisi dalam kehidupan manusia menerusi jalur-jalur imaginasi dan realiti. Bak kata penulis, “Bukan niat saya untuk merobek bisul dan mencungkil nanah masyarakat, cuma ingin menggariskan sempadan dan menghidangkan teladan dalam mencari nikmat hidup yang lebih bermakna.”
Penerbitan buku yang bermuat 21 buah cerpen ini sememangnya menjadi impian penulis yang ingin melihat karya-karyanya yang duduk di celah-celah muka surat majalah-majalah tanah air, disusun dan disajikan semula dalam bentuk kumpulan cerpen untuk tatapan khalayak pembaca. Walaupun setiap manusia mempunyai sudut pandang yang berbeza, namun segala sandiwara seharusnya dibuang jauh-jauh dan kebenaran yang hakiki wajar direnung dengan mata hati paling dalam agar kisah “Menconteng Arang” tidak lagi berulang….