ISBN: 9789670869117
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Cerpen “Labah-labah Berkaki Lapan” mengisahkan kekecewaan seorang “aku” yang koma selepas terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan isterinya. Keadaannya amat teruk kerana “aku” terpaksa bergantung hidup melalui alat bantuan pernafasan.
“Aku” hanya dapat mendengar apa-apa yang berlaku di sekitarnya, tetapi tidak dapat bergerak. Dia berasa dirinya seperti labah-labah yang mempunyai banyak kaki, tetapi tidak berfungsi. Apakah yang berlaku seterusnya apabila “aku” mendapat tahu bahawa ibunya sendiri terlibat dalam merancang kemalangan yang menimpa isteri dan dirinya?