Kumpulan Cerpen: Dusun merupakan himpunan 20 buah cerpen yang ditulis dan pernah diterbitkan dalam majalah, akhbar dan buku sekitar tahun 1982-1998. Cerpen-cerpen yang berlatarkan kehidupan masyarakat setempat pada dua dekad terakhir abad ke-20 dahulu ini banyak menyentuh isu keagamaan dan sikap manusia dalam menanggapi kehidupan segelintir individu.
Cerpen-cerpen yang terkandung dalam buku ini ditulis daripada pengalaman dan pemerhatian perbiadi pengarang sebagai guru, pegawai pendidikan, orang kampung, dan pemerhati masyarakat. Kisah-kisah yang menyentuh soal pergolakan jiwa dan padat dengan unsur pengajaran ini memberikan kelainan berbanding dengan cerpen yang ada pada hari ini selain penggunaan ayat dan pengolahannya yang mempunyai gaya tersendiri. Membaca cerpen dalam buku ini akan menimbulkan persoalan demi persoalan kepada pembaca dan mengembalikan manusia kepada kepada kemanusiaannya.