ISBN: 9789670892863
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
“Kadang-kadang aku melihat ada sesetengah orang-orang kita itu pula yang lebih berkuasa daripada diriku sendiri. Malah, mereka sampai boleh tawar-menawar dengan orang-orang kampung mengenai undi dan sokongan terhadapku!”
Datin Asmah mengangguk-angguk lesu. Dalam kepalanya berputar ligat aneka kenangan. Datin Asmah dapat mengesan kesedaran suaminya itu. Dia tahu, gelaran “Dato” yang diperoleh suaminya daripada kerajaan negeri itu pun bukan kerana jasanya kepada rakyat sangat sebaliknya disebabkan oleh tugasnya menjadi pelindung kepada hak orang-orangnya selama ini sahaja. Datin Asmah bersetuju bahawa pengikut dan pembantu suaminyalah yang tamakkan kekayaan material dan langsung tidak pernah mengenal erti susah payah orang lain. Mereka mahu mengenyangkan tembolok mereka sahaja.
“Jadi, Abang menganggap hidup Abang sebagai YB selama ini pura-pura saja?” soal Datin Asmah, lembut.
“Benar! Kononnya akulah yang berjasa! Aku beramal kepada orang ramai hingga kadang-kadang secara terpaksa aku ketepikan kepentingan dan kesenangan diriku sendiri, apalagi keluarga!”