Buku

Apabila Rama-rama Dijelmakan Kepompong Epilepsi

Penulis: Frankie Latit

ISBN: 9789674605933

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

“Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental, dan sosial; bukannya semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak berdaya.”

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Atas kesedaran sedemikian, Kumpulan Cerpen: Apabila Rama-rama Dijelmakan Kepompong Epilepsi mengeksploitasi pegetahuan tentang dunia perubatan untuk membina semacam metafora atau perbandingan mengenai keadaan yang membarah dalam masyarakat. Biarpun pengaruh imaginasi menggerallan naratifnya, setiap cerpen tetap menyediakan tempat yang secukupnya untuk berkongsi tentang simptom, tanda, dan komplikasi sesuatu penyakit.

“Namun, awas! Sebagaimana para penulis yang ingin mencipta perspektif baharu, Frankie Latit tidak menulis seratus peratus tentang penyakit dengan gaya pengamal perubatan tipikal dalam himpunan 12 buah cerpen ini. Beliau mencelup dakwatnya dengan jarum imaginasi.”

- Roslan Jomel; Kata Pengantar Kumpulan Cerpen:

Apabila Rama-rama Dijelmakan Kepompong Epilepsi