ISBN: 9789830687261
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Penterjemahan
Kritikan Terjemahan: Potensi dan Batasan ialah karya seorang penulis dan ahli teori terjemahan terkemuka dari Jerman, Katharina Reiss. Isu teras yang diketengahkan dalam karya ini adalah cara menghasilkan garis panduan untuk penilaian sistematik terhadap karya terjemahan. Penulis menggunakan pendekatan pragmatik yang menarik untuk membuat analisis penggunaan bahasa. Beliau juga mengulas proses penterjemahan, klasifikasi teks, faktor yang mempengaruhi terjemahan serta pemahaman ahli penterjemah sendiri semasa membuat penterjemahan.