ISBN: 9789674601829
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kreatif
Di tanah Caribbean yang disimbahi cahaya matahari, pisang, kelapa, gajus, mangga, dan limau nipis masak ranum di atas pokok. Ikan pula berenang-berenang membelah ombak. Walaupun kepulauan ini berkongsi sejarah peperangan, perhambaan, dan serangan lanun, setiap pulau mempunyai warisannya yang unik. Jemput-jemput Orang Miskin merupakan tinggalan sewaktu perhambaan masih diamalkan suatu ketika dahulu.
Molases dan gula perang dalam kek halia pula berasal dari ladang tebu yang menjadikan kepulauan itu kaya-raya. Kari merupakan pengaruh dari Hindia Timur; cita rasa Sepanyol terdapat dalam tembleque Krismas; manakala lanun dan Orang Asli Amerika Arawak pula diperingati dalam cara masakan terkenal, iaitu barbeku. Hayati semangat tukang masak dan artis Caribbean apabila anda menyediakan salad yang berwarna-warni dengan buah-buahan segar. Hasilkan kraf bingkai gambar daripada cangkerang, dan alat muzik daripada labu kering. Lukiskan bendera Jolly Roger menggunakan stensil, dan buat topeng yang menakutkan daripada barangan yang ada di rumah anda.
Dengan beberapa bahan biasa, sedikit cili, dan barangan rumah, anda boleh memasak dan membuat kraf ala Caribbean, dan ketahui apa yang membuatkan budayanya berwarna-warni.