ISBN: 9789674601331
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Pengalaman sebagai wartawan, kolumnis juga menjawat eksekutif dan penulis khas Berita Harian membolehkan Imlan Adabi mengenal pelbagai budaya, persekitaran sejagat dan kembara minda fizik yang akhirnya mengilhamkan kumpulan puisi ini. Pemerhatian sebagai penulis, wartawan dan manusia Melayu di tengah persekitaran global mengilhamkan Kita Membawa Khabar dengan persepsi Melayu yang juga menafsirkan suaran dan ancaman di pentas wayang kulit dan dikir barat. Kepelbagaian pengalaman di bilik berita dan persaingan kuasa di antara manusiawi dan alam sekitar menjadikan kumpulan puisi ini sebagai pelengkap dua kumpulan puisi Imlan Adabi sebelumnya.