Buku

Keroncong Pulau Kelapa

Penulis: Marzuki Ali

ISBN: 9789674303532

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Detik-detik yang dilalui oleh Marzuki Ali dalam setiap kembaranya tidak dibiarkannya berlalu sia-sia: segala-galanya dicatatkan beliau lewat salah satu genre yang digemarinya - puisi. Demikianlah sepanjang 20 tahun beliau melanglang buana ke serata pelosok kepulauan Indonesia, dari Banda Aceh (Kota Radja) di bahagian barat sampai ke Jaya Pura, Irian Jaya di bahagian timur, segala-gala yang dipandang dan dirasainya, yang didengar dan dialaminya, diluahkannya dengan penuh jujur lewat 100 dalam kumpulan puisi Keroncong Pulau Kelapa ini. 100 sajak yang dimuatkan dalam kumpulan puisi Keroncong Pulau Kelapa ini mengangkat soal alam, kemanusiaan, kemasyarakatan, seni budaya, dan perkembangan politik setempat. Hal ini memberikan kesempatan kepada pembaca untuk menikmati, menghayati, dan mendekati situasi, kondisi, suasana setempat, serta flora dan fauna yang kaya di pulau-pulau terapung di kebiruan laut siang dengan pantai putih memanjang yang menyilaukan, berbaris pohonan kelapa menghijau nan melambai di kepulauan itu. Semua paparan ini suatu nikmat yang mengagumkan, menyegarkan, dan mengasyikkan pembaca!