ISBN: 9789830688886
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Novel Remaja
Kepada Mae dan Suki,
Bagaimana dengan keadaan awak berdua di Kemboja? Adakah Mae dan Suki masih mengingati kami? Kami semua selalu merindukan Mae dan Suki. Apabila kami berkumpul dan berjumpa, kami tidak berhenti-henti bercerita tentang pengalaman semasa cuti sekolah tempoh hari seperti dapat berkenalan dengan Mae dan Suki, bermalam di Teratak Jingga dan perkelahan di Pulau Gamang. Di antara semua itu, kami tentu sahaja tidak dapat melupakan peristiwa yang terjadi di rumah api. Kami berharap dapat bertemu lagi dengan Mae, Suki dan Pak Cik Simo.
Sampai berjumpa lagi, Yak Puji Ko!
Daripada
Fuad, Zali, Along, Napi, Jeri, Munir, Syipah dan Idah