KAMI berkisah tentang kelangsungan hidup Anggor dan keluarganya. Ia berkisar dari semenjak zaman darurat sehinggalah waktu terkini, yang melibatkan perjalanan hidup tiga generasi keturunannya. Walaupun menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan bersahaja, namun penulis telah dapat bercerita tentang kehidupannya sekeluarga dengan amat rinci. Dia bercerita tentang kedua-dua ibu bapanya yang sangat dia hormati, tentang adik-adiknya yang sangat dikasihinya, tentang saudara-maranya yang pelbagai ragam, dan juga tentang kawan-kawan sepermainannya. Dalam kami ada perjalanan suka dan duka. Ada kasih yang merimbun dan terus mewangi. Ada nostalgia yang jauh ditinggalkan, tetapi sentiasa kejap tersemat dalam ingatan.