Hadiah Paling Manis ialah himpunan 38 buah cerpen yang dihasilkan oleh 34 orang guru terpilih. Cerpen-cerpen yang dihasilkan mengangkat pelbagai isu semasa secara kritis dan berani, sama seperti yang dilakukan oleh Pendeta Za’ba. Pelbagai isu disinggung mereka – agama, bahasa, ekonomi, budaya, pendidikan, akhlak dan lain-lain yang ditulis dari perspektif guru. Pandangan dan pemikiran mereka yang kritis dan kreatif itu menampakkan kepekaan dan keprihatinan mereka terhdap isu-isu semasa dan semua ini wajar diselami dan dihadamkan.