ISBN: 9789674606756
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Kumpulan Esei
Kalam Dijulang, Maruah Disangga ialah himpunan esei yang dihasilkan oleh guru-guru dan murid-murid terpilih. Terdapat 25 esei guru yang disumbangkan oleh 24 orang guru dan tujuh esei murid-murid yang dihasilkan oleh tujuh orang murid. Esei-esei yang dihasilkan mengangkat pelbagai isu semasa secara kritis dan berani, sama seperti yang dilakukan oleh Pendeta Za’ba. Pelbagai isu disinggung mereka – agama, bahasa, ekonomi, budaya, pendidikan, akhlak dan lain-lain – yang ditulis dari perspektif guru dan murid. Pandangan dan pemikiran mereka yang kritis dan kreatif itu menampakkan kepekaan dan keprihatinan mereka terhadap isu-isu semasa, dan semua ini wajar diselami dan dihadamkan.