ISBN: 9789670869322
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kumpulan puisi ini merupakan sebuah papringan (antologi) puisinema (puisi sinema) iaitu setiap sajak yang diterbitkan adalah diatur, diplot, disusun, disunting, dijukstaposisi dan membina dramaturgi dan menggunakan genre/ghoyat pengembaraan dalam menceritakan bentuk, kandungan dan makna bagi setiap kata/diksi, bait, baris, rangkap, dan bentuk, makna sehingga falsafah yang dibawa.
Sebanyak 100 puisi dimuatkan dalam kumpulan puisi yang penuh dengan akal fikir dan akal rasa yang dinaratifkan, yang terbaca, terpelajari dari pengetahuan dan pengalaman yang hadir, lalu daripadanya diringkaskan, dirukunkan dan ditemani trivium (retorik, logik, falsafah). Seterunsnya segala pancaroba dan taramangsa ini perlu dirisalahkan agar yang baik dalamnya dapat menjadi ruh dan damiri buat semua; dan yang buruk pula dapat disusun, diatur, dan dimurnikan untuk mencipta kebaikan juga buat semua.
Dongeng Sehelai Kertas berbicara dari semua rasa ini, dengan menggunakan kelengkapan lama dan kelengkapan baharu yang sesuai buatnya sebagai sebuah karya pada zaman yang menuju ke pradipta masa depan, yang mungkin robot dna cyborg sudah menjadi rakan dan jiran, namun sebagai manusia kita tetap sama, yang menentukan adalah IMAN.