Buku

Di Sofa Kata

Penulis: Nur Fatiha Fadila

ISBN: 9789674303068

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Esei Bahasa dan Sastera: Di Sofa Kata menghimpunkan esei tentang wacana bahasa Melayu dan kritikan sastera. Bahagian pertama dalam buku ini menyentuh isu-isu dalam dunia sastera dan bahasa dengan sederhana tetapi menampakkan daya keprihatinan dan penelitian yang kritis. Esei-esei bahasanya merentas pelbagai isu seperti filem Melayu, pembelajaran dan pengajaran bahasa termasuklah manipulasi kuasa bahasa dalam membijaksanakan pembaca.

Dalam 12 esei sasteranya, membicarakan karya sastera tradisional dan moden juga tokoh-tokoh tertentu. Karya-karya penulis tersohor tanah air seperti Usman Awang, S.M zakir, Siti Jasmina Ibrahin, Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah dan Malim Ghozali Pk dibincangkan melalui pendekatan teori sastera yang dipilih bersesuaian dengan karya penulis tersebut.