ISBN: 9789674605643
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Novel Remaja
“Hutan ini milik kita. Kita yang berhak menikmati hasilnya, bukan orang luar. Mereka cuma mahukan hasil balak dan selepas itu mereka tidak pedulikan kita lagi,” kata Nansi.
Tanah itu bukan tanah sembarangan. Ia subur dengan sejarah berdarah dan adat yang memelihara seluruh penduduk di situ. Kehadiran Cikgu Amirul membuka dimensi baharu tentang adat dan adab dan seterusnya memberi inspirasi kepada Nansi, gadis Iban yang bercita-cita tinggi mahu mengubah landskap sejarah kampung itu. Berjayakah Amirul mengubah angin di Bukit Sadok? Cekalkah Nansi memecahkan tembok sempadan tradisi dengan moden?