Buku

Di Negeri Kalbu

Penulis: Sutung Umar RS

ISBN: 9789830689791

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Baha Zain berkata. ”Sajak tidak berbicara segalanya dan tidak kepada semua.”

Kata Muhammad Haji Salleh pula, ”Sajak adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta kebijaksanaan penyair dan tradisinya.”

Tesis yang paling popular tentang sajak ialah, ”Kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik” yang diungkapkan Samuel Taylor Coleridge.

Jika diambil kira tiga ungkapan di atas, maka sajak-sajak Sutung Umar RS mampu mengisi ruangnya. Lewat kumpulan puisi ini, Sutung berbicara melalui keindahan aksara yang disusun rapi. Diksinya indah, tepat dan pada beberapa buah sajaknya, diksinya agak ekonomik tanpa menjejaskan penyampaian maksud.

Sajak-sajak dalam kumpulan ini mengetengahkan pelbagai tema. Ketuhanan, kemanusiaan, nostalgia zaman anak-anak, rindu akan tanah asal, perjalanan hidup, introspeksi diri, adalah antara tema yang diangkat Sutung. Dengan penggunaan metafora daripada alam, kita dapat rasa akan tulusnya Sutung tatkala berbicara melalui sajak-sajaknya. Selain daripada itu, dalam beberapa buah sajaknya, Sutung juga cuba bermain dengan kesan visual melalui susunan bait-bait sajaknya. Sudah tentu ini bukannya dibuat tanpa tujuan bahkan ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh Sutung.

Kemunculan kumpulan puisi ini menjadi bukti yang Sutung Umar RS seorang sasterawan yang tidak tahu erti bersara daripada menulis.