Buku

Di Hujung Negeri

Penulis: Ariff Mohamad

ISBN: 9789670869544

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Novel ini dibawakan oleh penulisnya secara “lipur lara” dalam konteks moden, seperti daripada mata burung yang merenung sayup. Sebuah kitab bernama Darul Fansuri telah mengembangkan emosi seorang Firdaus (dalam konteks hari ini) untuk turut sama merasai perjalanan dan pencarian salasilah seorang gadis bernama Balqis Qasrina (yang dikisahkan pada zaman lampau). Pengkisahan bermula dengan keanehan sebuah perkampungan bernama Mekar Setaman yang tidak pernah tandus dan sentiasa menumbuhkan pohon-pohon bunga. Kehadiran Hasan Desa, yang juga dalam pencarian turut bersama-sama membawa hati dan cita-citanya. Manakala seorang waris takhta pemerintahan, Putera Nun Alam Damiri turut mengembara dengan kekuatan dorongan sendiri. Namun demikian, suasana negeri bernama Raloka agak kontras dengan konflik siasah manusia yang bergelora secara dalaman. Ini kisah nun dihujung negeri. Jauh, namun datang dan pulanglah melalui halaman demi halaman novel ini!