ISBN: 9789674306052
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
Pada 2013, Freedom House telah meletakkan Malaysia dalam kategori separuh bebas (partly free). Sememangnya, Malaysia sejak tahun 1972 lagi telah dikategorikan dalam kategori ini. Hal ini menunjukkan bahawa sistem demokrasi di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk dipertingkatkan agar sejajar dengan negara rakan yang lain untuk berada dalam kategori bebas (free). Namun demikian, penambahbaikan ini harus merujuk kepada sejarah pembangunan negara agar keharmonian yang dikecap sehingga kini akan terus berkekalan. Hal ini kerana, jika penambahbaikan ini dibuat tanpa mendasari sejarah, ia akan menjerumuskan negara ke arah ketidakstabilan, ketegangan dan huru-hara yang akan merencatkan proses pembangunan dan aspirasi negara.
Buku Demokrasi di Malaysia ini menghimpunkan tulisan yang sangat bernas dalam memahami konteks demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Mungkin bagi sesetengah orang, mereka berpendapat “demokrasi” sangat sinonim dengan “kebebasan”. Tetapi tulisan-tulisan yang terdapat dalam buku ini mencerakinkan konsep dan makna demokrasi yang menjadi dasar dan tunjang sistem kenegaraan negara kita, agar kita lebih memahami “demokrasi” bukan sekadar “kebebasan” semata-mata.