Buku

Dari MTV ke Makkah: Islam Mengilhamkan Hidupku

Penulis: Kristiane Backer

ISBN: 9789674305758

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Biografi/Memoir, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Bookcafe

Pada awal tahun 1990-an, Kristiane Backer antara pengacara terawal MTV Eropah. Selama beberapa tahun, beliau mengabadikan diri dalam arena muzik antarabangsa, mencetuskan kegilaan peminat dan menjadi pujaan media Eropah. Tatkala menghampiri puncak kegemilangannya, beliau menyedari bahawa meskipun telah memiliki segala yang diidamkan, beliau belum pernah berasa puas, seolah-olah ada sesuatu yang masih kurang dalam hidupnya.

Takdir pertemuan dengan jaguh kriket Pakistan, Imran Khan mengubah kehidupannya. Imran mengundang Kristiane ke negaranya, tempat beliau menyaksikan kehidupan yang benar-benar berbeza dan tidak pernah dibayangkannya, iaitu agama dan budaya Islam. Berbeza dengan bintang pop dan rock, beliau menemui lelaki dan perempuan yang hidupnya dipenuhi cinta kepada Allah dan tidak mementingkan keseronokan duniawi yang sementara. Beliau mula membaca al-Quran dan mendalami buku berkenaan agama. Beberapa tahun kemudian, setelah meneroka dunia Islam dengan lebih luas dan menyedari bahawa beliau telah menemukan jalan kerohaniannya, beliau memeluk Islam di sebuah masjid di London. Bermula dari saat itulah, dugaan sebenar beliau bermula.

Dalam memoir peribadinya ini Kristiane Backer menceritakan kisah pengislamannya dan menjelaskan bagaimana agama, meskipun didatangi banyak dugaan, telah memberikannya ketenangan jiwa dan makna yang selama ini dicari.