Buku

Cinta Seorang YB

Penulis: Azmah Nordin

ISBN: 9789670892986

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 40.00 / 45.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Cinta Seorang YB ialah milik semua. Jiwa dan raga seorang YB akan sentiasa didesak untuk meluhurkan kata-kata demi menyediakan sakinat untuk orang-orang yang dicintainya. Bukan senang untuk menjadi seorang YB yang cemerlang. Bukan juga mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Kadang-kadang niat baik seorang YB akan dipandang serong yang kemudiannya ditambah lagi dengan umpat keji para politikus musuh. Dunia seorang YB akan sentiasa dipandang dari dua sisi yang berbeza; hitam dan putih.

Sebenarnya menjadi seorang YB bukanlah mudah. Setiap waktu, YB akan sentiasa berfikir tentang orang-orang yang disayanginya. Perjalanan seorang YB juga bukanlah sentiasa berada di atas asfal yang selesa, tetapi banyak ranjau dan duri yang merintangi. Memajukan dan mentamadunkan orang-orang yang dicintai pula bukanlah alang-alang halangannya. Jika ada yang suka, tentulah ada juga yang memandangnya dengan sinis. Jika ada yang menghulurkan tangan untuk sama-sama bangun bersama, tentulah ada juga tangan-tangan yang mengheret turun.

Namun, demi cinta seorang YB, itu semua bukanlah pematah semangat untuk orang-orang yang disayanginya.