Buku

Cengkaman Hasrat

Penulis: Rahman Shaari

ISBN: 9789674600525

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Keterlanjuran berlaku di mana-mana. Keterlanjuran menjadi punca masalah besar sejumlah manusia. Dalam hal-hal tertentu, keterlanjuran merupakan kesilapan mutlak, dan orang yang terlanjur itu tidak dapat berpatah balik. Novel ini berkisah tentang Nitasuri yang hadir ke dunia kerana keterlanjuran ibunya Rayini. Rayini kesal. Dia perlu terus melangkah ke hadapan, menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Dia akhirnya mencari Mustaffa, tetapi lelaki itu mengatakan dirinya tidak terlibat, malah katanya mustahil terlibat.

Memang Rayini tahu, selain Mustaffa, Shahab berada dengannya pada malam dia terlanjur itu. Adakah Mustaffa menafikan penglibatannya kerana dia mahu lari daripada tanggungjawab? Apakah tindakan Shahab apabila dikatakan dirinya ialah punca tunggal Rayini hamil dan melahirkan Nitasuri? Novel ini tidak hanya menekankan perkara itu, malah memberikan tumpuan terhadap masalah yang akan dihadapi Nitasuri sendiri, kerana setelah usia meningkat ke 13 tahun, nama bapanya akan ditiadakan dalam kad pengenalan.

Rupa-rupanya keterlanjuran Rayini membawa masalah yang lebih jauh. Bagaimanakah jalan penyelesaiannya?