Buku

Catatan Cinta Anakanda Bonda

Penulis: Kamariah Kamarudin

ISBN: 9789674300036

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

“Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menyirat pandangan jagat gender Melayu Islam daripada perspektif Kamariah Kamarudin tentang peranan dan posisi wanita dalam ruang institusi yang berskala mikro dan makro. Keperibadian watak wanita rasional, berwawasan dan dinamik, diimbangi pula dengan strategi naratif yang santun dan lembut, bersulamkan nilai etika dan akhlak dapat mewakili kekhususan bentuk karya dan kelihaian pengarangnya dalam memdalami subjek kesetaraan gender.”

Dr. Mohd Hanafi Ibrahim
Pegawai Perancang Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

“Pengarang ternyata mampu memaparkan bagaimana manusia hadir mencapai maqam kesempurnaan, yakni kesempurnaan apabila tidak menafikan aspek kerohanian dan batiniah. Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini menghadirkan puncak seorang manusia tidak sahaja mengenali dirinya tetapi juga mengenali siapa Tuhannya yang akhirnya mencapai puncak penyatuan antara manusia dengan Tuhan.”

Azmah Nordin
Pemenang S.E.A. Write Award 2009