ISBN: 9789674607500
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)
“Pada bisikan aksara aku rela menjadi hamba demi tiang sebagai pengukuh demi akal segala terang demi yang satu, tak kulebur membusuk”. Sebanyak 58 buah puisi yang terkandung dalam kumpulan puisi ini memberi gambaran kepada pembaca, daerah lisan yang cuba dipantulkan oleh Shahanz. Dalam erti kata mencari diri dan merefleksi diri sendiri pada setiap diksi, Shahanz yang pertama kali bergerak secara solo untuk karya ketiganya ini, menampilkan keberanian yang membuka keupayaannya menerjah dunia puisi daripada sudut dan gaya tersendiri.