ISBN: 9789830688787
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori:
Selepas Siti Zainon Ismail menghasilkan buku bergambar Kasih Bonda-Kampung Paya Kami (2009) dan 100 Pepatah Petitih Melayu (2010), ada desakan lain muncul, iaitu cerita binatang yan disukai pengarang, iaitu melihat katak melompat.
Pesan neneknya, “Katak itu banyak tempurung. Ia tidak tinggal lama di dalam satu tempurung, hanya sembunyi daripada musuh atau berlindung daripada hujan, siang dia melompat lagi. Berteduh lagi dengan mencari tempurung untuk berlindung.” Pengarang terfikir betapa bijaknya katak, bukan seperti bidalan lama hanya bagai “katak di bawah tempurung”.
Katak hanya lambang; untuk anak-anak kita menjadi bijak, suka belajar, menulis, dan membaca. Katak juga melalui kehidupan, berkebun, memancing, dan bercita-cita ingin terbang. Semua katak dalam cerita ini, dilukisnya berbaju cara Melayu; memakai sarung, baju kurung, bersongkok, bersanggul serta turut belajar silat dan menari piring. Inilah kehidupan budaya warisan yang mengalir dalam cerita Bijak Si Katak Bijak oleh Siti Zainon Ismail, pelukis dan penyair wanita Malaysia.