Buku

Bidadari

Penulis: Aminah Mokhtar

ISBN: 9789674601287

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 45.00 / 50.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Kecewa dengan sikap Haji Mustakim yang tidak dapat menerima malang yang menimpa Dr. Syafikah, tertekan dengan perangai Azura dan Farhan, kakak dan abang kembar, yang melukakan hati ibunya yang hilang dan tidak pulang-pulang, Jehan bertindak nekad. Dipujuknya Ustaz Naufal buat keputusan paling berani menjadikan Dr. Syafikah sebagai isteri. Dia mencabar Haji Mustakim bertindak waras, menjadi imam yang adil pada perasaan anak sendiri. Dr. Syafikah memujuk Jehan, selesaikan pengajian sebelum beranikan diri menjadi pejuang, dipujuk Azura agar membawa pulang anak yang dilarikan suami di California dan diberi kata dua kepada Ustaz Naufal jangan jadikan Jehan tunggangan untuk mencapai matlamat dan niat di hati. Marah, dendam dan kecewa Haji Mustakim pada Dr. Syafikah tidak pernah padam, walaupun jauh di sudut hati, rindu pada anak tunggalnya itu kian mendalam. Hati Hajah Maheran semakin berbalah, antara kasih anak dan tanggungjawab isteri. Ustaz Naufal tidak pernah berhenti berdoa agar hati Dr. Syafikah akan berubah nanti. Istikharah Dr. Syafikah, istiqarah Ustaz Naufal, istikharah Jehan dan istikharah Hajah Maheran, tenangkah gelora yang melanda keluarga Haji Mustakim?