Buku

Biar Puisi Menjadi Peluru

Penulis: Saifullizan Yahaya

ISBN: 9789830689166

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Saya terus menulis, walaupun kadang-kadang terasa sunyi juga apabila tiada ungkapan yang mengganggu, tetapi itulah keseronokkan menulis puisi bagi saya, kerana apabila ada ungkapan yang datang ia ibarat seekor ikan yang sedang mencuit-cuit umpanan kail. Walaupun ikan yang akan saya dapat itu kecil sahaja ataupun akan terlepas kembali ke air.

Masa terus meninggalkan saya. Puisi yang terhasil juga setiap tahun tidaklah seberapa. Tetapi ia tetap menjadi suatu keghairahan apabila ada ungkapan yang datang. Dan saya tahu saya hanya mahu menulis puisi bukan menjadi penyair. Oleh itu biarlah puisi saya tidak melebat setiap tahun seperti yang dapat dilihat dalam kumpulan puisi ini.

Saifullizan Yahaya