ISBN: 9789670869612
Tahun Terbit: 2015
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Bermula dengan menjumpai senarai panjang Godinho de Eredia tentang harta rampasan Alfonso de Albuquerque. Senarai yang hebat bukan harta kekayaan tetapi tentang Tun Fatimah dan anak-anak gadis bangsawan. Berbenihkah mereka di Lisbon? Secantik mana Tun Fatimah hingga dibawa ke Lisbon? Adakah bangsa Melayu Melaka di sana?
Dengan kisah berbeza; usaha seorang penimbal perahu, Mat Timbal yang ingin belayar aman dalam pelayaran hakiki, terbeban dengan kenangan bersama isterinya Rumin, dan tugas menimbal sebuah bedar perut labuh. Dugaan demi dugaan dan apakah yang berlaku dan terus berlaku sehingga berakhirnya sebuah kisah?
Bedar Tanpa Laut adalah harapan seorang peminat sejarah. Melaka dan Larut adalah sejarah besar ketamadunan Melayu. Di mana semua kisah itu? Novel ini mengangkat suatu kisah kecil yang tenggelam dalam sejarah yang dikatakan lebih besar. Bedar Tanpa Laut akan menimbulkan persoalan demi persoalan yang memerlukan jawapan.