Buku

Bahasa Arab untuk Ibadah

Penulis: Mohd Puzhi Usop, Mohammad Seman

ISBN: 9789830684345

Tahun Terbit: 2010

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Agama

Beli Dalam Talian:

Buku Bahasa Arab untuk Ibadah ini sesuai untuk semua peringkat umur yang ingin mempelajari bahasa Arab yang digunakan dalam ibadah seharian. Buku ini merangkumi pelajaran asas tatabahasa Arab yang berkaitan dengan teks bacaan dalam ibadah seharian, pelajaran tentang teks bacaan dalam ibadah solat, doa harian serta zikir pilihan, pelajaran tentang ayat lazim daripada juz’ ‘amma dan pelajaran tentang ayat al-Quran al-Karim pilihan yang sering dibaca dan diperdengarkan dalam kehidupan seharian kita.

Buku ini turut dilengkapi dengan kamus ringkas di bahagian akhir untuk memudahkan kita mempelajari buku ini selain menjadi bahan rujukan yang berguna.