Buku

Apabila Nyawa di Hujung Julai

Penulis: Sohaimi Abdul Aziz

ISBN: 9789674608385

Tahun Terbit: 2020

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Shahnon Ahmad telah lama meninggalkan dunia yang fana ini, dijemput oleh Sang Maha Pencipta yang sangat dirindunya. Dalam jalur-jalur terakhir kehidupannya, walau dibelit keuzuran, Shahnon Ahmad tetap berkarya dengan hati dan budi seorang sasterawan, dengan nuansa yang berbeza, tetapi tetap memukau. Untuk mendekati hal inilah, maka buku ini dihasilkan. Buku ini antara lain mengetengahkan kajian-kajian tentang beberapa buah karya mutakhir Shahnon Ahmad, dengan menyelami sensitiviti beliau sebagai seorang sasterawan, terhadap perubahan ketara dalam masyarakat dan negaranya serta dunia amnya, sewaktu beliau melewati hari-hari akhirnya. Selain itu, buku ini tidak dapat lari daripada membicarakan karya-karya klasik serta mahakarya Shahnon Ahmad, namun demikian penelitiannya tetap segar kerana para pengkajinya memanfaatkan pendekatan kontemporari. Dua ruang yang berbeza ini — antara yang lama dengan yang terkini — telah menghimpunkan segala penafsiran hidup yang serba rencam. Lebih istimewa lagi, buku ini merupakan representasi Shahnon Ahmad, seorang Sasterawan Negara, yang buah fikirannya sentiasa relevan dengan peredaran ruang dan masa walaupun pembaca dipukau oleh kilauan dunia mereka sendiri.