ISBN: 9789674300869
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Pendidikan, Kreatif
Ingin kekal ringkas atau kelihatan glamor? Tidak kira di mana anda berada, rambut akan menonjolkan gaya anda. Gayakan rambut anda dengan penyepit yang dihias permata atau sepit rambut manik. Tampil manis dengan sepit rambut berbentuk kek cawan. Kekal ringkas dengan cekak rambut yang diperbuat daripada kain kapas yang selesa. Pelajari cara untuk meleraikan kekusutan dengan menghasilkan kraf ciptaan anda sendiri!
Menghabiskan masa berjam-jam di pusat beli-belah memang menyeronokkan, tetapi mengapa membazir masa hanya untuk mencari aksesori yang sempurna sedangkan anda mampu menghasilkannya sendiri? Ketahui cara baharu untuk menghasilkan gaya fesyen terkini dalam buku kraf langkah demi langkah ini.