ISBN: 9789674304027
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Pantun Kanak-kanak
Orang hulu pulang ke hulu,
Kita perlu senyum selalu.
Baju carik pembungkus asam
Usah tarik muka masam.
Kanak-kanak amat gemar akan bahasa berirama dan mudah. Kumpulan pantun kanak-kanak dua kerat ini mengumpulkan pantun yang merangkumi lima tema, iaitu berbudi bahasa, nama-nama ikan, bahasa diraja, alat muzik dan alat muzik tradisional. Pantun ini boleh dibacakan kepada kanak-kanak sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran.